Friday, 17 February 2012

PROGRAM-PROGRAM UBK

PROGRAM PERKEMBANGAN DAN PENGKAYAAN


  1. Program mempertingkatkan konsep dan harga diri
  2. Kursus perkembangan kerjaya
  3. Bengkel kemahiran berkomunikasi dan interpersonal
  4. Bengkel tingkah laku asertif
  5. Bengkel kemahiran membuat keputusan
  6. Persediaan untuk program-program selepas UPSR
  7. Program pengkayaan pembelajaran

PROGRAM PEMULIHAN

  1. Kaunseling kes-kes individu 
  2. Kaunseling peribadi
  3. Program pembimbingan pembelajaran 
  4. Bengkel kemahiran

Bila perkhidmatan kaunseling diperlukan?

  • Bapa mahukan saya jadi arkitek, tapi mak suruh saya jadi doktor.
  • Mengapa pelajaran saya semakin merosot?
  • Mengapa orang benci saya?
  • Mengapa saya selalu ....
  • Mengapa cepat marah?
  • Saya tak faham kenapa saya dihukum!!!
  • Siapa saya?
  • Saya tak faham yang perbuatan saya itu salah
  • Keadaan di sekolah yang menyebabkan saya jadi begini
  • Mana aku nak pergi lepas UPSR



Apa itu Unit Bimbingan dan Kaunseling?

Unit ini terdapat di SKBB. Ia ditubuh khas untuk memberi perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.


  • Membimbing pelajar ke arah pembentukan personaliti yang sihat, yang berkonsep diri positif dan yang bertanggungjawab ke atas tingkah lakunya.
  • Membimbing pelajar supaya berkeupayaan menghadapi kehidupan dan menyesuaikan diri dalam apa-apa keadaan
  • Membimbing pelajar supaya melahirkan sikap sihat terhadap dunia perkerjaan
  • Membimbing pelajar supaya dapat menunjukkan prestasi pencapaian akademik setaraf dengan keupayaannya
  • Membimbing pelajar memahami tingkah laku yang tidak diterima masyarakat dan berusaha memperbaikinya
  • Berperanan selaku pakar perunding berkenaan hal-hal perkembangan pelajar
  • Menjalinkan hubungan dengan ibu bapa, guru, dan agensi-agensi luar
  • Mengumpul dan menyimpan maklumat pelajar
  • Menjalankan kajian berkenaan hal-hal pelajar